Berita Terkini

Pulihkan fail akibat Shortcut Virus


Flash drive, pendrive dan hard drive yang dijangkiti shortcut virus pasti boleh mendatangkan masalah kepada korang. Nama fail korang mungkin diubah oleh virus dan menjadi shortcut. Situasi ini akan menyukarkan korang untuk membuka atau melihat fail tersebut walaupun korang menggunakan anti-virus. Tetapi jangan risau. korang masih dapat memulihkan fail yang dijangkiti virus ini dengan CMD Sekiranya flashdrive korang belum diformatkan, fail korang masih disimpan didalam dalam mod tersembunyi.

CMD merupakan pilihan terbaik untuk korang mendapatkan semula data korang yang telah bertukar kepada shortcut secara tiba-tiba tetapi cara ini tidak 100% berjaya. Ketahui cara memulihkan fail korang yang dijangkiti Shortcut Virus pada hard drive, flash drive, memori card, pendrive.

Korang boleh mendapatkan fail korang semula menggunakan CMD dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Pergi ke Start > cmd > run as adiministrator

2. Taip attrib -h -r -s / s / d e: *. *

3. Gantikan "e" dengan huruf pendrive, hard drive atau lain-lain.
4. Tekan Enter.

Selesaikan semua langkah-langkah ini dan korang boleh semak fail korang pada pendrive korang.