Berita Terkini

Lakaran Samsung Galaxy X, aplikasi paten ditemui



Selain Galaxy S9, Samsung juga dijangka akan melancarkan telefon pintar yang boleh dilipat kerana yang skrin fleksibel. Peranti dikatakan mempunyai paparan yang boleh dilipat disebabkan skrin OLED yang telah diperbaharui. Sejak akhir-akhir tahun ini, kita sering didedahkan dengan ura-ura mengenai peranti ini seolah-oleh telefon berpaparan yang lipat ini semakin mendekat.


Samsung Galaxy X (model SM-G888) mendapat pensijilan Bluetooth. Reka bentuk model ini  kelihatan seperti reka bentuk paten untuk peranti Galaxy X dari tahun lepas.


Maklumat lain dijumpai menunjukkan lakaran baru tentang Samsung Galaxy X. Samsung menyerahkan dokumen ini kepada Pejabat Harta Intelek Korea dengan rujukan 'peranti elektronik yang fleksibel'. Imej menunjukkan lipatan telefon ke dalam.

Paparan mungkin tidak sepenuhnya fleksibel tetapi lebih baik dengan apa yang kita bayangkan. Samsung mungkin akan memilih untuk memperkenalkan Galaxy X di CES yang akan datang.

Sumber : LetsGoDigital