Apple telah mengeluarkan iOS 11.1.2 untuk menyelesaikan masalah skrin iPhone X
Seperti yang dijanjikan, Apple telah mengeluarkan kemas kini yang bertujuan untuk mengatasi masalah paparan iPhone X tidak responsif dalam keadaan yang sejuk yang melampau.
Tidak lama selepas iPhone X dilancarkan, pengguna mengadu bahawa paparan tidak bertindak balas apabila menggunakan telefon dalam cuaca sejuk.
Apple mengakui masalah itu dan menjanjikan pembetulan menerusi kemas kini iOS yang akan datang.
Pada 15.11.17, Apple mengeluarkan iOS 11.1.2. Di dengab kemas kini yang membetulkan isu pada iPhone X dan Live Photo.
Kemas kini tersedia untuk semua peranti iOS, bukan hanya iPhone X, dan boleh didapati dengan membuka Setting dan kemudian pergi ke General> Update Software.
