Berita Terkini

HTC U11 PLUS ?


(Gambar ura-ura mengatakan ianya HTC U11 Life)

Pada 2 November 2017 ini HTC bakal melancarkan telefon pintar baharunya. Tarikh tersebut telahpun disahkan oleh pihak HTC. Dan kepada sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan versi HTC U11 PLUS, korang boleh lupakan tentangnya kerana satu daripada maklumat yang baru kami tahu, model HTC U11 Plus akan bertukar kepada HTC U11 Life. Ia adalah peranti variasi mid-range yang baru dan bukan versi Pro seperti yang dikabarkan sebelumnya.

HTC U11 Life ini hanya mempunyai ciri-ciri spesifikasi mid-range dan akan menjalankan operasi sistem Android One. Ia juga telah disahkan oleh Edge Sense yang dikenali sebagai HTC Ocean Life, telefon pintar ini dikatakan mempunyai 5.2-inch Full HD screen dengan paparan 1080p, Qualcomm Snapdragon 630 processor, 3GB/4GB RAM, 32GB/64GB internal storage, dan 2600mAh battery.

(tarikh pelancaran model HTC U11 Life)

Telefon pintar ini mungkin bersaiz mid-range tetapi ia akan tiba dengan IP67 waterproof dan dust resistance supaya selamat digunakan apabila korang melakukan aktiviti luar, seperti di kolam renang atau kawasan pantai. Setakat ini, maklumat tentang spesifikasi dan teknologi imaging specs masih belum diterima lagi tetapi sumber mengatakan peranti ini tidak jauh beza dari telefon pintar sebelumnya iaitu HTC U11. Harga telefon pintar ini boleh mencecah sekitar $400 (RM1,692.00) tetapi harga yang sebenar masih belum rasmi sehingga minggu hadapan semasa peranti tersebut dilancarkan.