Berita Terkini

Jangan sesekali melakukan Factory Reset penuh dalam Android 8.1 Oreo




Android 8.1 Oreo yang baru sahaja diperkenalkan telah tersedia untuk peranti Nexus dan Pixel. Kemas kini Oreo seterusnya akan menambah SMS Connect tidak lama lagi dan kalau korang nak tahu terdapat beberapa isu pemasangan. Jika korang masih baru menggunakan Android 8.1 Oreo, pastikan korang tidak lupa kod PIN dan jangan lakukan Factory Reset penuh kerana ia mungkin menimbulkan masalah menurut individu bernama Redditor Tom Bolger yang berkongsi keadaannya ketika membuat Factory Reset.

Redditor Tom Bolger berkata apa yang berlaku ketika itu beliau terlupa PIN dan membuat Factory Reset di telefon pintar Android 8.1. Beliau rasa kaedah ini baik untuk kebanyakan telefon tetapi selepas penetapan semula, peranti itu meminta ‘Previously Used Secret’ dan bukan untuk akaun Google. Dia melakukan Factory Reset sekali lagi yang dicadangkan oleh Google support tetapi perkara yang sama berlaku.

Ini jelas bermasalah kerana tidak ramai yang mengingati "rahsia" atau pattern code mereka. Bolger gagal masuk ke telefon pintarnya dan jadi dia menghubungi gergasi teknologi itu lagi yang mencadangkannya untuk mendapatkan gantian kerana ia tertakluk dalam pemberian barang dagangan balik atau Return Merchandise Authorization (RMA).

Ya, bug ini masih boleh diperbaiki tetapi ia boleh menjadi masalah untuk pengguna mudah alih. Oleh itu, seseorang harus selalu ingat PIN atau kata laluannya. Factory Reset tidak sepatutnya mempunyai rahsia korang dan banyak kata laluan. Harap pihak Google dapat memberi perhatian kepada isu ini sebelum lebih banyak aduan yang dilaporkan.


Sumber: SlashGear