Berita Terkini

Huawei Mendedahkan Ciri-ciri Kamera P20 Pro Dengan Video Baru


Dua video telah muncul dalam talian dan mennunjukkan keupayaan siri Huawei P20 yang akan datang.


Dengan taglinenya "See Closer" dalam video pertama pada keupayaan zum jauh pada P20 pro dengan triple-lens. Setelah diperiksa lebih dekat, lensa itu kelihatan mempunyai jarak zoom 27 - 80mm yang lebih kurang 3x zoom. Ini akan menjadikan siri P20 Pro ini adalah peranti Huawei yang pertama dengan keupayaan zum serta telefon pintar pertama dengan zoom 3x.


Sementara itu, kedua video itu menampilkan slogan "See Brighter". Huawei telah beralih kepada gambar potret berkualiti studio dengan P10 pada tahun lepas. Dengan P20, kita mungkin melihat perkembangan daripada perkara tersebut kerana ia menyatakan "a light studio in the palm of your hand… for a portrait that radiates" yang bermaksud "cahaya studio di telapak tangan anda... untuk potret ynag memancarkan" dalam penerangan videonya di Youtube. Ini mungkin memberi petunjuk kepada mod potret dan pencahayaan potret yang lebih baik.

Kurang dari dua minggu lagi untuk pelancaran rasmi siri P20 di Paris yang dijadualkan pada 27 Mac. Lebih banyak maklumat mengenai mod kamera baru akan kelihatan lebih dekat kepada acara pelancaran rasmi.

Sumber : Huawei Youtube