Berita Terkini

Processor Intel berisiko kerana kelemahan pada keselamatan


Intel baru-baru ini mendedahkan bahawa beberapa processor mereke mempunyai kelemahan pada keselamatan. External security researchers  Mark Ermolov dan Maxim Goryachy dari Goryachy of Positive Technologies Research mengatakan isu ini agak serius kerana kelemahan ini membolehkan penyerang mengambil alih sistem pengguna dari jauh.

Isu ini mungkin boleh menyebabkan penyerang mengakses tanpa izin ke Intel Management Engine, Intel Server Platform Service atau Intel Trusted Execution Engines. Semua ciri-ciri ini penting untuk kebanyakan processor Intel beroperasi.

Berikut adalah processor yang berisiko:

- 6th, 7th, and 8th generation Intel Core Processor Family
- Intel Xeon Processor E3-1200 v5 dan v6 Product Family
- Intel Xeon Processor Scalable Family
- Intel Xeon Processor W FamilyIntel Atom C3000 Processor Family
- Apollo Lake Intel Atom Processor E3900 series
- Apollo Lake Intel Pentium Processors
- Intel Celeron N dan J series Processors


Dengan itu, kelemahan pada keselamatan processor ini berada pada jutaan PC dan laptop berisiko. Jika korang tertanya-tanya sama ada komputer atau laptop korang terdedah dengan ini, Intel telah mengeluarkan tools yang boleh korang download. Tools ini dapat membantu korang mengesahkan status komputer atau laptop korang.

Jika korang menggunakan Mac yang menggunakan chip processor dari Intel, korang tidak perlu risau tentang kelemahan ini kerana ia tidak menjejaskan apa-apa.

Namun, pelbagai manufacturers telah bekerjasama dengan Intel untuk mengeluarkan perbaikan pada produk mereka.

Sumber : Intel , Intel Support