HP Touchpoint Analytics bukan untuk menjejaki tingkah laku pengguna
Semua komputer dan laptop HP baru-baru ini menerima kemas kini yang di install HP Touchpoint Analytics. Ia merupakan sebuah utiliti yang berjalan di background dan mengumpul data sistem. Bagaimanapun, program itu dijelaskan bahawa ia telah lama wujud dan hanya mempunyai nama baru. Ia merupakan satu program dengan nama yang berbeza tetapi mempunyai fungsi yang sama sebagai Support Assistant software.
Program ini dikatakan telah menjalani ujian prestasi yang intensif untuk memastikan ia tidak mempunyai kesan negatif terhadap pengguna. HP Touchpoint Analytics adalah perkhidmatan yang ditawarkan sejak 2014 sebagai sebahagian daripada HP Support Assistant dan HP Touchpoint Analytics baru-baru ini dikemas kini ini tiada perubahan pada privasi setting. Data yang dikumpul oleh Touchpoint Analytics ini adalah terhad kepada maklumat hardware performance. Kecuali korang secara khusus memilih untuk berkongsi diagnostic information dengan HP. Log files pula hanya disimpan pada local drive korang. Jika korang call HP tech support dengan masalah performance, HP boleh mengakses log files dengan keizinan korang untuk melihat apa yang berlaku.
Jika korang memilih untuk berkongsi data dengan HP, syarikat itu akan menggunakan anonymous data untuk membantu mengenal pasti masalah pada komputer riba. Sebagai contoh, jika mereka melihat bahawa banyak pengguna model tertentu mengalami prestasi yang lemah supaya ia boleh mengeluarkan kemas kini driver.
Pelanggan juga telah melaporkan bahawa Touchpoint Analytics sentiasa berjalan di background dan menyebabkan komputer yang lama atau kurang berkuasa berjalan dengan perlahan disebabkan kekurangan system resources.
Ramai pengguna telah mengadu melalui internet mengenai program yang di intall tanpa persetujuan dan mula menggunakan sumber sistem untuk mengumpul telemetri pengguna. Beberapa pengguna bimbang bahawa Touchpoint Analytics Client mengambil terlalu banyak sumber sistem. Namun, di laman web HP Support, pengguna bernama PurplePassion22 mendakwa bahawa perisian itu menjadikan komputer mereka bekerja lebih keras.
Namun, jika korang memutuskan tidak mahu menggunakan Touchpoint Analytics pada sistem, korang boleh mengeluarkan aplikasi ini dengan sangat mudah. Cuma pergi ke apps screen dalam Windows 10 settings, cari Touchpoint Analytics Client dan klik butang uninstall.
Sumber : Laptop Mag



