Berita Terkini

Chipset Exynos 9810 daripada Samsung


Khabar angin mengenai kewujudan prosessor daripda Samsung iaitu chipset prosessor Exynos 9810. Pada awalnya ramai menyangka processor ini akan digunakan pada Galaxy S8 tetapi sangkaan ini salah selepas S8 dan Note 8 dilancarkan dan kedua-duanya dilengkapi pemproses Exynos 8895.

Kewujudan Exynos 9810 akhirnya disahkan sendiri oleh Samsung baru-baru ini. Samsung memenangi 36 anugerah untuk perantinya di Anugerah Inovasi CES 2018 termasuk chipset processor Exynos 9810 yang baru ini dan maklumat yang dikongsi masih lagi terhad.

Chipset processor ini dibina dengan teras 3rd generation custom Samsung cores. GPU pada Chipset p ini telah dipertingkatkan tanpa penjelasan lanjut. Mungkin ini bermakna teras Mali-G72 kerana Samsung menggunakan G71 untuk chipset generasi Exynos sebelumnya. Untuk mengatasinya, chipset ini akan dihasilkan pada proses 10nm generasi ke-2 dan mempunyai sokongan moden 1.2 GBPS untuk peningkatan prestasi serta penghasilan menggunakan teknologi 10nm FinFET.

Syarikat itu juga menunjukkan sensor ISOCELL Slim 2X7, yang diumumkan lebih awal. Ia adalah sensor 24MP dengan 0.9μm untuk prestasi rendah cahaya yang lebih baik. Selain itu, terdapat teknologi yang digunakan iaitu cip memori 16Gb GDDR6 yang menawarkan dua kali ganda kapasiti cip memori lama semasa bekerja pada voltan yang lebih rendah. Terdapat juga 8TB NVMe SSD yang boleh memindahkan separuh petabyte sesaat. Besar kemungkinan Exynos 9810 akan dihadirkan pada Samsung Galaxy S9 tahun hadapan.

Sumber: SAMSUNG